Kelihatan dari jauh kelibat dua
kanak-kanak saling berkejaran di taman yang dipenuhi dengan bunga yang pelbagai
jenis. Riangnya tawa kedua anak kecil itu melengkapkan keindahan taman itu.
Bagi Maria apa yang diusulkan oleh pancainderanya itu umpama sebuah potret
hidup anugerah Ilahi kepadanya. Taman kesayangannya yang dijaganya dengan penuh
kasih walaupun dengan jadualnya yang padat sebagai seorang pereka fesyen itu
adalah hasil rekaan dirinya sendiri bersama suami tercinta. Zakaria tersenyum
sendirian melihat keletah dua anak comel di hadapannya itu. Dia menghampiri
isterinya yang tengah menanam bunga yang baru bagi menambah koleksi bunganya di
taman itu, dipeluk mesra isterinya, “honey, you know what. Even in thousands of
flowers around you, your beauty never fades. In fact you shine among them”.
Maria merasakan seluruh wajahnya panas. Kulitnya yang putih melepak bertukar
merah akibat merasa malu. Zakaria senang melihat wajah merah isteri
kesayangannya yang berdarah British itu. Kulitnya yang putih melepak itu agak
senang bertukar merah apabila dia malu ataupun dalam keadaan panas. Bagi
Zakaria ciri itulah yang menjadi daya tarikan isterinya. Sikap lemah lembutnya
itu selalu saja mencairkan hati lelakinya dan juga hati suci kedua anak mereka.
Sikapnya yang penyayang menjadikannya seorang ibu dan isteri yang hebat. Walau
dalam kesibukannya dia tidak pernah lupa akan keluarganya. Mahligai indah yang
telah dibina selama 8 tahun itu melalui saat paling manis apabila dikurniakan
kembar 5 tahun lepas setelah 3 tahun menunggu. Cubitan manja dari isterinya
membawanya kembali ke alam realiti.
“Abang nie kan bagi malu Ma je tau.
Dah dah, cepat tolong Ma tanam bunga lili nie”. Zakaria mengambil biji benih di
tepinya lalu dihulurkannya kepada Maria. Tiba – tiba kedengaran bunyi tangisan
disebalik lautan bunga itu. Maria dan Zakaria menghampiri dua beradik itu. “Mama,
abang Dane jatuh. Tentu sakit kan bang”,Shazlyn menangis teresak-esak
mengiringi esakan abang kembarnya itu. “Ya Allah, apa nak jadi dengan anak mama
nie. Dah. Jangan nangis lagi. Jom kita pergi ke dapur. Shaz janji nak tolong
mama buat sandwich kan. Jom Dane. Nanti papa kamu sapukan ubat. Sementara itu
kamu temankan mama dengan Shaz di dapur ya. Sayang anak-anak mama nie”, Maria
mendukung Shazlyn yang kian reda tangisannya manakala Zakaria membawa Daniel
bersamanya untuk disapukan ubat. Maria mengeluarkan bahan – bahan untuk membuat
sandwich di atas meja. Semua bahan – bahan telah disediakan awal oleh Mak Jah
iaitu pembantu rumah mereka. Apa yang perlu dilakukan adalah menyusun bahan –
bahan tersebut. Tugas itu diserahkan kepada anak gadisnya yang comel itu. Maria
membantu Mak Jah menyediakan air minuman serta makanan sampingan yang lain
untuk minum petang. Mak Jah senang bekerja bersama Maria. Baginya Maria
merupakan majikan yang bertimbang rasa. Dia selalu menolong Mak Jah jika ada
waktu terluang. Minum petang di laman yang begitu indah sungguh menenangkan
jiwa.
Setelah memastikan kembar itu sudah
tidur, Maria menyelimutkan mereka disusuli ciuman kasih dari seorang ibu di
dahi masing-masing. Maria mendapatkan Zakaria di bilik bacaannya. Dia menghampiri
Zakaria yang sedang asyik membaca sesuatu. “Serius nampak.” Ayat yang ringkas
itu betul-betul memeranjatkan Zakaria. “Terkejut beruk abang. Kalau abang ada
penyakit jantung tadi kan kong jadinya abang. Siapa susah? Ma jugak susah
nanti. Kang bertambah penyakit Ma. Sakit rindu.” Zakaria tersengih kerana Berjaya
mengenakan isterinya itu. “Abang nie. Main-main je kerja dia tau. Apa yang
abang baca sampai tak sedar Ma masuk tu?” Maria mengambil kerusi lalu duduk di
sisi suaminya itu. “Nie ha. Projek Aquastarz. Abang nak cipta satu brand yang
terkenal kat seluruh dunia.” Zakaria menyerahkan himpunan kertas cadangan itu
kepada Maria. “Aquastarz ???”
No comments:
Post a Comment