Wednesday, July 31, 2013

chapter 1 (sambungan)

Zakaria menyandarkan dirinya ke dinding. Angin malam itu membelai lembut rambutnya membuatkan dirinya selesa berdiri di beranda itu.
“Ma kan cakap nak bawa rekaan Ma ke stage yang tinggi lagi. Abang kan dah janji dengan Ma time mula-mula kita kahwin dulu yang Abang akan tunaikan impian Ma. Biarla jenama nie menjadi bukti dan saksi cinta Abang untuk Ma. Biar abang yang uruskan perniagaan. Ma tumpukan je dengan rekaan Ma.”
          Maria terharu akan betapa tulusnya suaminya itu terhadap dirinya. Walau terpaksa menunggu 3 tahun sebelum melalui fasa yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri iaitu memperoleh cahaya mata, Zakaria tetap setia terhadapnya. Pabila mendapat berita akan kehamilannya dahulu, Zakaria melompat keriangan bagai seorang budak yang mendapat duit raya. Alangkah bahagianya hidup mereka apabila disahkan anak yang dikandungnya merupakan kembar. Allah Maha Adil. 3 tahun menderita, mereka dilimpahkan rahmat dengan dua cahaya mata tersebut. Maria bangkit lalu memeluk belakang suaminya yang sedang jauh termenung itu.
“Ma ok je bang. Tapi kenapa nama dia aquastarz?”
          Zakaria memegang lembut tangan isterinya itu.
“Nak tahu?sebab bintang dan laut sentiasa dipisahkan. Mereka berdua sentiasa saling cemburu akan satu sama lain. Laut yang dalam cemburu akan bintang nun di sana yang sentiasa begemerlapan. Cahaya bintang yang sentiasa menerangi manusia sedangkan laut yang dalam cuma gelap gelita.nun jauh di sana bintang begitu cemburu akan laut. Bintang cuma keseorangan menerangi manusia, sedangkan laut sungguh luas sentiasa bersama sahabat-sahabatnya. Walau laut yang dalam penuh gelita, laut tak pernah kesunyian kerana manusia sentiasa menjengah lautan tak kira masa.”
          Maria melihat terus anak mata suaminya itu.
“Macam manusia jugak kan bang?sentiasa cemburu akan kelebihan orang lain dan tak pernah peduli akan kelebihan sendiri.”
`         Zakaria mencuit manja hidung mancung isterinya itu. Maria memukul lembut bahu suaminya tanda protes. Zakaria tersengih melihat telatah isterinya itu yang manja mengalahkan anak mereka.
“Pandai betul isteri abang nie kan.”
………………………………………………………………………………………………………
          Salji yang turun bak kristal memukau mata yang polos itu. Dengan wajah yang ceria Shazlyn berlari mendapatkan Daniel.
“Abang!!Salji dah turun!Jom kita main kat luar.”

          Daniel mengambil baju sejuk lalu menyarungkannya ke badan Shazlyn.
“kalau ye pun,pakai laa dulu baju sejuk nie. Kat luar tu sejuk tau dik. Nanti kena selsema baru tau.”
          Shazlyn tersengih manja. “ Baik!!Abang!cepat laa. Lambat betul laa abang nie.”
          Shazlyn segera menyarungkan sarung tangannya dan kasut but nya. Setelah selesai, dia berlari ke laman di mana salji turun tak henti-henti.
Dia mendongakkan kepalanya ke sambil mendepakan tangan nya seluas mungkin. Dia membawa dirinya ke dunianya yang tersendiri. Dia membiarkan badannya berpusing mengikut rentak hatinya. Tidak menyedari dunia luar, dia terus hanyut sehingga terlanggar sesuatu. Sudah terlambat. Saat dia menyedarinya dia sudah jatuh. Namun di hari yang sejuk itu, dia merasakan kehangatan. Saat dia membuka matanya, dia terkejut melihat wajah abangnya itu sedang menahan sakit. Shazlyn terus bangun. Dia berlutut disebelah abangnya untuk memastikan abangnya itu dalam keadaan baik. Daniel bangun lalu membersihkan badannya yang dipenuhi salji itu.
          “Sakit tau Dik.” Daniel memandang Shazlyn dengan pandangan tidak puas hati.
          Shazlyn hanya mampu tunduk kerana dia tahu itu salahnya. Daniel rasa bersalah apabila melihat wajah sugul adiknya itu. Ditariknya tangan kecil adik nya itu lalu dibawa berlari.
          “Abang, kita nak pergi mana nie?” Syazlyn tertanya-tanya akan kelakuan abangnya yang betul-betul memeranjatkan itu.
          Mata Shazlyn bersinar-sinar. Gabungan cahaya yang terhasil dari lampu neon buatan manusia itu mampu menghasilkan pemandangan yang mempersonakan itu.
          “Waaaaa!!!Cantiknya!” mata Shazlyn masih tak lepas dari pemandangan itu.
          Sedang matanya masih melekat pada pemandangan itu, Shazlyn tidak perasan kakinya tersangkut pada akar pokok yang tercebul keluar dari tanah itu. Akhirnya badannya tersembam menyembah tanah yang dipenuhi salji itu. Dengan serta merta air matanya keluar tak henti-henti. Tangisannya semakin kuat saat luka yang terhasil dari kejadian itu mulai mengalirkan rasa sakitnya.
          Daniel bingung melihat keadaan adik kembarnya itu.
Dia memeriksa badan adiknya bagi melihat luka nya itu. Nasib baik lukanya tak begitu teruk. Dia meniup luka tersebut bagi mengurangkan rasa sakitnya. Daniel mengendong adik nya itu sepanjang perjalanan blik ke rumah. Masih didengari  esakan Shazlyn dibelakangnya. Walau masih di usia yang baru mencecah 8 tahun namun Daniel mempunyai ciri-ciri seorang abang yang bertanggungjawab. Apabila sampai sahaja di rumah peranginan tempat mereka menginap, Daniel membiarkan Shazlyn duduk di kerusi yang telah tersedia di situ. Dia pergi ke kaunter untuk membeli pembalut luka. Luka yang terdapat di badan adiknya itu dibalut nya dengan segera setelah dibersihkan.
          Dia menyerahkan air coklat panas kepada Shazlyn. Menurut hatinya kedua ibu bapa mereka belum lagi balik dari kerja mereka. Tempat peranginan tersebut merupakan milik ayah mereka, Zakaria. Jadi hampir kesemua pekerja di situ mengenali mereka berdua. Daniel membawa Shazlyn ke biliknya.
          “Mama dengan Papa belum balik lagi. Adik tidurlah dulu ya.”
          Daniel mengemaskan katil untuk adiknya itu. Shazlyn menarik tangan Daniel apabila abangnya itu hendak melangkah keluar dari bilik tersebut.
          “Temankan adik. Jangan tinggalkan adik keseorangan”
          Daniel duduk di sebelah adiknya itu kembali lalu mengambil sebuah buku bacaan yang terletak di atas meja lalu dibacakannya untuk Shazlyn.
                             *********************************
          Maria pergi ke bilik kembarnya untuk memeriksa keadaan mereka. Senyuman terlukis di bibirnya saat dia melihat kelibat anak lelakinya tertidur di sisi katil adik kembarnya itu. Dia mengangkat Daniel lalu dibaringkannya di katilnya sendiri. Satu ciuman yang penuh kasih sayang singgah di dahi kedua kembar itu.

……………………………………………………………………………………………………

No comments:

Post a Comment