Zakaria
menyandarkan dirinya ke dinding. Angin malam itu membelai lembut rambutnya
membuatkan dirinya selesa berdiri di beranda itu.
“Ma kan
cakap nak bawa rekaan Ma ke stage yang tinggi lagi. Abang kan dah janji dengan
Ma time mula-mula kita kahwin dulu yang Abang akan tunaikan impian Ma. Biarla
jenama nie menjadi bukti dan saksi cinta Abang untuk Ma. Biar abang yang
uruskan perniagaan. Ma tumpukan je dengan rekaan Ma.”
Maria terharu akan betapa tulusnya
suaminya itu terhadap dirinya. Walau terpaksa menunggu 3 tahun sebelum melalui
fasa yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri iaitu memperoleh cahaya
mata, Zakaria tetap setia terhadapnya. Pabila mendapat berita akan kehamilannya
dahulu, Zakaria melompat keriangan bagai seorang budak yang mendapat duit raya.
Alangkah bahagianya hidup mereka apabila disahkan anak yang dikandungnya
merupakan kembar. Allah Maha Adil. 3 tahun menderita, mereka dilimpahkan rahmat
dengan dua cahaya mata tersebut. Maria bangkit lalu memeluk belakang suaminya yang
sedang jauh termenung itu.
“Ma ok
je bang. Tapi kenapa nama dia aquastarz?”
Zakaria memegang lembut tangan
isterinya itu.
“Nak
tahu?sebab bintang dan laut sentiasa dipisahkan. Mereka berdua sentiasa saling
cemburu akan satu sama lain. Laut yang dalam cemburu akan bintang nun di sana
yang sentiasa begemerlapan. Cahaya bintang yang sentiasa menerangi manusia
sedangkan laut yang dalam cuma gelap gelita.nun jauh di sana bintang begitu
cemburu akan laut. Bintang cuma keseorangan menerangi manusia, sedangkan laut
sungguh luas sentiasa bersama sahabat-sahabatnya. Walau laut yang dalam penuh
gelita, laut tak pernah kesunyian kerana manusia sentiasa menjengah lautan tak
kira masa.”
Maria melihat terus anak mata suaminya
itu.
“Macam
manusia jugak kan bang?sentiasa cemburu akan kelebihan orang lain dan tak
pernah peduli akan kelebihan sendiri.”
` Zakaria mencuit manja hidung mancung
isterinya itu. Maria memukul lembut bahu suaminya tanda protes. Zakaria
tersengih melihat telatah isterinya itu yang manja mengalahkan anak mereka.
“Pandai
betul isteri abang nie kan.”
………………………………………………………………………………………………………
Salji yang turun bak kristal memukau
mata yang polos itu. Dengan wajah yang ceria Shazlyn berlari mendapatkan
Daniel.
“Abang!!Salji
dah turun!Jom kita main kat luar.”
Daniel mengambil baju sejuk lalu menyarungkannya
ke badan Shazlyn.
“kalau
ye pun,pakai laa dulu baju sejuk nie. Kat luar tu sejuk tau dik. Nanti kena
selsema baru tau.”
Shazlyn tersengih manja. “ Baik!!Abang!cepat
laa. Lambat betul laa abang nie.”
Shazlyn segera menyarungkan sarung
tangannya dan kasut but nya. Setelah selesai, dia berlari ke laman di mana
salji turun tak henti-henti.
Dia mendongakkan
kepalanya ke sambil mendepakan tangan nya seluas mungkin. Dia membawa dirinya ke
dunianya yang tersendiri. Dia membiarkan badannya berpusing mengikut rentak
hatinya. Tidak menyedari dunia luar, dia terus hanyut sehingga terlanggar
sesuatu. Sudah terlambat. Saat dia menyedarinya dia sudah jatuh. Namun di hari
yang sejuk itu, dia merasakan kehangatan. Saat dia membuka matanya, dia terkejut
melihat wajah abangnya itu sedang menahan sakit. Shazlyn terus bangun. Dia berlutut
disebelah abangnya untuk memastikan abangnya itu dalam keadaan baik. Daniel bangun
lalu membersihkan badannya yang dipenuhi salji itu.
“Sakit tau Dik.” Daniel memandang
Shazlyn dengan pandangan tidak puas hati.
Shazlyn hanya mampu tunduk kerana dia
tahu itu salahnya. Daniel rasa bersalah apabila melihat wajah sugul adiknya itu.
Ditariknya tangan kecil adik nya itu lalu dibawa berlari.
“Abang, kita nak pergi mana nie?”
Syazlyn tertanya-tanya akan kelakuan abangnya yang betul-betul memeranjatkan
itu.
Mata Shazlyn bersinar-sinar. Gabungan cahaya
yang terhasil dari lampu neon buatan manusia itu mampu menghasilkan pemandangan
yang mempersonakan itu.
“Waaaaa!!!Cantiknya!” mata Shazlyn
masih tak lepas dari pemandangan itu.
Sedang matanya masih melekat pada
pemandangan itu, Shazlyn tidak perasan kakinya tersangkut pada akar pokok yang
tercebul keluar dari tanah itu. Akhirnya badannya tersembam menyembah tanah
yang dipenuhi salji itu. Dengan serta merta air matanya keluar tak henti-henti.
Tangisannya semakin kuat saat luka yang terhasil dari kejadian itu mulai
mengalirkan rasa sakitnya.
Daniel bingung melihat keadaan adik
kembarnya itu.
Dia memeriksa
badan adiknya bagi melihat luka nya itu. Nasib baik lukanya tak begitu teruk. Dia
meniup luka tersebut bagi mengurangkan rasa sakitnya. Daniel mengendong adik
nya itu sepanjang perjalanan blik ke rumah. Masih didengari esakan Shazlyn dibelakangnya. Walau masih di
usia yang baru mencecah 8 tahun namun Daniel mempunyai ciri-ciri seorang abang
yang bertanggungjawab. Apabila sampai sahaja di rumah peranginan tempat mereka
menginap, Daniel membiarkan Shazlyn duduk di kerusi yang telah tersedia di
situ. Dia pergi ke kaunter untuk membeli pembalut luka. Luka yang terdapat di
badan adiknya itu dibalut nya dengan segera setelah dibersihkan.
Dia menyerahkan air coklat panas
kepada Shazlyn. Menurut hatinya kedua ibu bapa mereka belum lagi balik dari
kerja mereka. Tempat peranginan tersebut merupakan milik ayah mereka, Zakaria. Jadi
hampir kesemua pekerja di situ mengenali mereka berdua. Daniel membawa Shazlyn
ke biliknya.
“Mama dengan Papa belum balik lagi. Adik
tidurlah dulu ya.”
Daniel mengemaskan katil untuk adiknya
itu. Shazlyn menarik tangan Daniel apabila abangnya itu hendak melangkah keluar
dari bilik tersebut.
“Temankan adik. Jangan tinggalkan adik
keseorangan”
Daniel duduk di sebelah adiknya itu
kembali lalu mengambil sebuah buku bacaan yang terletak di atas meja lalu
dibacakannya untuk Shazlyn.
*********************************
Maria pergi ke bilik kembarnya untuk
memeriksa keadaan mereka. Senyuman terlukis di bibirnya saat dia melihat
kelibat anak lelakinya tertidur di sisi katil adik kembarnya itu. Dia mengangkat
Daniel lalu dibaringkannya di katilnya sendiri. Satu ciuman yang penuh kasih
sayang singgah di dahi kedua kembar itu.
……………………………………………………………………………………………………