Sunday, November 24, 2013

Terus melangkah ke hadapan

Kekuatan adalah apabila engkau mampu terus melangkah ke hadapan walau seberat mana beban di bahumu.....
Namun kekuatan itu bukan sesuatu yang dikau boleh kutip di tepi jalan begitu sahaja...
Ia datang saat dikau sedar betapa beratnya beban yang kau bawa....
Di saat dikau berhenti di pertengahan jalan....
Melihat ke belakang sudah sejauh mana dikau pergi...
Pabila tembok yang engkau bina saat kau berhenti....
Pecah dengan wujudnya penerimaan...
Walau pahit ditelan...
Itulah hakikat....
Telanlah dahulu pahitnya hakikat....
Supaya beban yang dikau bawa
Menjadi punca kekuatanmu untuk terus melangkah ke hadapan....

Thursday, November 14, 2013

hati si kecil

Di sebalik pintu kayu itu....
Seorang budak lena di atas katil yang besar...
Ditenggelami kertas2 dan buku2...
lampu yang memancar....
Menyinari wajah yang keletihan itu...
Tangan berkedut itu...
Masih memegang tombol pintu...
Mengamati wajah kesayangannyaa...
Tidurlah dengan lena anakku....
Rehatlah secukupnya...
Hati kecil itu cuma mampu berbisik...
Tangan yang sama itu menutup pintu yang terbuka...

Tiba msanya mata itu perlu terbuka...
Di saat insan lain dibuai mimpi...
Digapai kertas2 dan buku2 itu..
Hangatnya kasih seorang ibu mampu membakar jiwa insan bergelar anak...
Dengan kudrat yang ada..
Ditempuhi malam2 dengan segala fakta...
Ditemani doa seorang ibu...
Budak tersebut mengamati setiap patah kata...
Disematkan dalam ingatan...

Hati kecil budak itu menangis setiap malam...
Kuatkan semangatmu wahai hati..
Peritnya ini tiada bandingnya  nya dari pengorbanan mereka...
Sayap yang mereka korbankan untuk dirimu...
Agar dikau mampu terbang tinggi...
Tiba saatnya mereka mampu mengangkat kepala mereka...
Dan berkata dia anakku yang telahku korbankan sayap untuknya...
Seraya kata itu keluar...
Akan kau tarik tangan mereka agar terbang tinggi bersamamu...
Melihat apa yang engkau lihat....

Monday, October 14, 2013

Pintaanku

Wahai hati.....
Dengarlaaa rayuan empunya diri ini....
Kala engkau telah dilukakan sebegitu rupa....
Mengapa engkau masih punya kudrat untuk terus
Setia pada yang satu itu....
Di saat manusia sering khianat pada perasaan itu...
Engkau tetap berdiri teguh mempertahankan ia....
Sedangkan ia merupakan pedang bermata 2...

wahai hati.......
Bilakah masanya akan tiba bahagia....
Tiap saat ku menunggu di daun pintu...
Akan masanya bahagia mengetuk pintu ini....
MEmbawa rombongan gembira datang sekali
Supaya tiada lagi sepi hati yang lara....

Sunday, October 13, 2013

Ampunkan hati ini

Mengucaplaa wahai hati..
mengapa engkau begini....

Untuk seketika hati ini melangkah keluar dari sempadan itu....
untuk bermimpikan kembali rentetan  lampau....
Satu kesalahan yang membawa padah....

Apa sudah jadi????
Jangan aku kata....
Jangan.......

Saturday, October 12, 2013

Cukuplah

Berhenti aku kata.....
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Mengapa engkau berdegil......
.
.
.
.
.
Cukuplaaaa tu......
.
.
.
.
.
Sampai bla engkau mau merana....

Tolonglah berhenti wahai hati....
Kenapa perlu jalan ini kau pilih....
Aku merayu......
Tolonglah...
Kasihanilaa aku....

Aku juga ingin mengerti apa itu maksud bahagia....
Tanpa ku tanggung lagi siksa ini....
Aku tak punya kekuatan lagi wahai hati....

Lihatlaa diriku sekarang...
.
.
.
.
.
Aku tak kenal siapa diri ini lagi.....

Mask of heart

Dont judge the book by it's cover.Often we heard bout it..what we can see are women wearing lipstick but do we aware that there's more than just a lipstick to a woman make up....more terrifying than a very thick make up...fake smile....make up covers the people's face but fake smile covers people's heart....
             It's mask of heart. Often we see people wear mask when they faced the society but usually we never knew it...usually when we meet people for the first time we put on the mask at the blink of eyes. The mask that we put on anywhere we go can be a wall for relationship.

Si burung

Tangan yang menggapai tak sampai...
Saat batu menghempap bumi...
Hati meronta badan memagar....
Jiwa menggoncang.....
Tangis yang keluar....

Tingginya sang burung terbang di langit...
Indah sungguh sayap menggelusur...
Membelah langit nan luas...
Ku toleh belakangku....
Sayap putih suci mengibar-ngibar...
Rupanya tinggi sudah ku bermain....

Punya sayap untuk terbang namun terperangkap dalam sangkar dunia....
Terlalu tinggi terbang sehingga lupa rupanya sendirian di alam langit....

Si kecil bunga

Layunya bunga yang dahulunya segar....
Mencari embun pagi yang menenangkan....
Dalam kekalutan jiwa....
Ia masih berdiri teguh mewarnai bumi...
Walau sekuat mana angin mendatang....
Akar-akar yang ada tetap bertahan....
Tak pernah kau sangka bukan?????
bunga halus itu....
Yang selalu kau pijak....
Mengendong seribu satu kepahitan...
Perhatikan guna mata hatimu.....
Bukan mata nafsumu....
Ia tetap disitu....
Membawa warnanya yang tersendiri....
Itulah dia si kecil bunga.....

Wednesday, September 11, 2013

andai rasa ini mampu aku buang ke laut
sudah lama aku buang....
di sini....
ku mulakan hidup baru...

di sini..
tiada satu pun yang mengingatkan tentang engkau
yaaa....
memang betul...
perasaan ini boleh pudar...
harapan ku cuma satu.....
untuk melupakanmu....

aku...
bahagia di sini...
bibirku cuma meniti senyuman...
bukan seperti dulu yang cuma bermandikan air mata..

disebalik keperitan ini Allah datangkan kebahagiaan buatku...
disebalik hujan ribut yang melanda..
Allah datangkan pelangi yang indah...

Wednesday, July 31, 2013

chapter 1 (sambungan)

Zakaria menyandarkan dirinya ke dinding. Angin malam itu membelai lembut rambutnya membuatkan dirinya selesa berdiri di beranda itu.
“Ma kan cakap nak bawa rekaan Ma ke stage yang tinggi lagi. Abang kan dah janji dengan Ma time mula-mula kita kahwin dulu yang Abang akan tunaikan impian Ma. Biarla jenama nie menjadi bukti dan saksi cinta Abang untuk Ma. Biar abang yang uruskan perniagaan. Ma tumpukan je dengan rekaan Ma.”
          Maria terharu akan betapa tulusnya suaminya itu terhadap dirinya. Walau terpaksa menunggu 3 tahun sebelum melalui fasa yang dinanti oleh semua pasangan suami isteri iaitu memperoleh cahaya mata, Zakaria tetap setia terhadapnya. Pabila mendapat berita akan kehamilannya dahulu, Zakaria melompat keriangan bagai seorang budak yang mendapat duit raya. Alangkah bahagianya hidup mereka apabila disahkan anak yang dikandungnya merupakan kembar. Allah Maha Adil. 3 tahun menderita, mereka dilimpahkan rahmat dengan dua cahaya mata tersebut. Maria bangkit lalu memeluk belakang suaminya yang sedang jauh termenung itu.
“Ma ok je bang. Tapi kenapa nama dia aquastarz?”
          Zakaria memegang lembut tangan isterinya itu.
“Nak tahu?sebab bintang dan laut sentiasa dipisahkan. Mereka berdua sentiasa saling cemburu akan satu sama lain. Laut yang dalam cemburu akan bintang nun di sana yang sentiasa begemerlapan. Cahaya bintang yang sentiasa menerangi manusia sedangkan laut yang dalam cuma gelap gelita.nun jauh di sana bintang begitu cemburu akan laut. Bintang cuma keseorangan menerangi manusia, sedangkan laut sungguh luas sentiasa bersama sahabat-sahabatnya. Walau laut yang dalam penuh gelita, laut tak pernah kesunyian kerana manusia sentiasa menjengah lautan tak kira masa.”
          Maria melihat terus anak mata suaminya itu.
“Macam manusia jugak kan bang?sentiasa cemburu akan kelebihan orang lain dan tak pernah peduli akan kelebihan sendiri.”
`         Zakaria mencuit manja hidung mancung isterinya itu. Maria memukul lembut bahu suaminya tanda protes. Zakaria tersengih melihat telatah isterinya itu yang manja mengalahkan anak mereka.
“Pandai betul isteri abang nie kan.”
………………………………………………………………………………………………………
          Salji yang turun bak kristal memukau mata yang polos itu. Dengan wajah yang ceria Shazlyn berlari mendapatkan Daniel.
“Abang!!Salji dah turun!Jom kita main kat luar.”

          Daniel mengambil baju sejuk lalu menyarungkannya ke badan Shazlyn.
“kalau ye pun,pakai laa dulu baju sejuk nie. Kat luar tu sejuk tau dik. Nanti kena selsema baru tau.”
          Shazlyn tersengih manja. “ Baik!!Abang!cepat laa. Lambat betul laa abang nie.”
          Shazlyn segera menyarungkan sarung tangannya dan kasut but nya. Setelah selesai, dia berlari ke laman di mana salji turun tak henti-henti.
Dia mendongakkan kepalanya ke sambil mendepakan tangan nya seluas mungkin. Dia membawa dirinya ke dunianya yang tersendiri. Dia membiarkan badannya berpusing mengikut rentak hatinya. Tidak menyedari dunia luar, dia terus hanyut sehingga terlanggar sesuatu. Sudah terlambat. Saat dia menyedarinya dia sudah jatuh. Namun di hari yang sejuk itu, dia merasakan kehangatan. Saat dia membuka matanya, dia terkejut melihat wajah abangnya itu sedang menahan sakit. Shazlyn terus bangun. Dia berlutut disebelah abangnya untuk memastikan abangnya itu dalam keadaan baik. Daniel bangun lalu membersihkan badannya yang dipenuhi salji itu.
          “Sakit tau Dik.” Daniel memandang Shazlyn dengan pandangan tidak puas hati.
          Shazlyn hanya mampu tunduk kerana dia tahu itu salahnya. Daniel rasa bersalah apabila melihat wajah sugul adiknya itu. Ditariknya tangan kecil adik nya itu lalu dibawa berlari.
          “Abang, kita nak pergi mana nie?” Syazlyn tertanya-tanya akan kelakuan abangnya yang betul-betul memeranjatkan itu.
          Mata Shazlyn bersinar-sinar. Gabungan cahaya yang terhasil dari lampu neon buatan manusia itu mampu menghasilkan pemandangan yang mempersonakan itu.
          “Waaaaa!!!Cantiknya!” mata Shazlyn masih tak lepas dari pemandangan itu.
          Sedang matanya masih melekat pada pemandangan itu, Shazlyn tidak perasan kakinya tersangkut pada akar pokok yang tercebul keluar dari tanah itu. Akhirnya badannya tersembam menyembah tanah yang dipenuhi salji itu. Dengan serta merta air matanya keluar tak henti-henti. Tangisannya semakin kuat saat luka yang terhasil dari kejadian itu mulai mengalirkan rasa sakitnya.
          Daniel bingung melihat keadaan adik kembarnya itu.
Dia memeriksa badan adiknya bagi melihat luka nya itu. Nasib baik lukanya tak begitu teruk. Dia meniup luka tersebut bagi mengurangkan rasa sakitnya. Daniel mengendong adik nya itu sepanjang perjalanan blik ke rumah. Masih didengari  esakan Shazlyn dibelakangnya. Walau masih di usia yang baru mencecah 8 tahun namun Daniel mempunyai ciri-ciri seorang abang yang bertanggungjawab. Apabila sampai sahaja di rumah peranginan tempat mereka menginap, Daniel membiarkan Shazlyn duduk di kerusi yang telah tersedia di situ. Dia pergi ke kaunter untuk membeli pembalut luka. Luka yang terdapat di badan adiknya itu dibalut nya dengan segera setelah dibersihkan.
          Dia menyerahkan air coklat panas kepada Shazlyn. Menurut hatinya kedua ibu bapa mereka belum lagi balik dari kerja mereka. Tempat peranginan tersebut merupakan milik ayah mereka, Zakaria. Jadi hampir kesemua pekerja di situ mengenali mereka berdua. Daniel membawa Shazlyn ke biliknya.
          “Mama dengan Papa belum balik lagi. Adik tidurlah dulu ya.”
          Daniel mengemaskan katil untuk adiknya itu. Shazlyn menarik tangan Daniel apabila abangnya itu hendak melangkah keluar dari bilik tersebut.
          “Temankan adik. Jangan tinggalkan adik keseorangan”
          Daniel duduk di sebelah adiknya itu kembali lalu mengambil sebuah buku bacaan yang terletak di atas meja lalu dibacakannya untuk Shazlyn.
                             *********************************
          Maria pergi ke bilik kembarnya untuk memeriksa keadaan mereka. Senyuman terlukis di bibirnya saat dia melihat kelibat anak lelakinya tertidur di sisi katil adik kembarnya itu. Dia mengangkat Daniel lalu dibaringkannya di katilnya sendiri. Satu ciuman yang penuh kasih sayang singgah di dahi kedua kembar itu.

……………………………………………………………………………………………………

Saturday, July 13, 2013

Tania Jasmin

namamu.....
 seindah bunga yang mekar di taman

senyumanmu semanis madu..
tawamu menjemput riang
datang menjenguk hati yang lara
matamu sepolos bayi....
badan yang kenit menggalas seribu bebanan...
tetap jua tercalit keriangan di wajahmu..
engkaulaa puteri kecil pembawa kegembiraan...



lahir mu ke dunia membawa seribu satu kebahagiaan kepada orang tua mu....
tika tangisan mengisi ruang
air mata keibuan jatuh membasahi pipi..
mungkin di fikirannya
satu nikmat telah dikurniakan kepadanya...
Alhamdulillah...
syukur.......


Tania Jasmin
nama diberi.....
insan yang punya sejuta tarikan...
sahabat yang setia...
dirimu yang periang
menyejukkan hati sekeliling..
suara mu yang kecil sentiasa menjadi masalah mu
yang inginkan perhatian dalam kelas...
melintas jalan antara ketakutanmu..
aku selalu jadi mangsa bekapan mu....


engkau punya hati yang suci...
jari-jarimu mampu mencipta drizilion ayat
yang menari mengikut iramamu...
tarian setiap patah kata yang keluar dari fikiranmu
memukau sesiapa yang membacanya...
itulaa keistimewaanmu..


selamat hari telus!!!!!!!!hehehehe

Wednesday, July 10, 2013

5sn1 dalam kenangan

masih segar dalam ingatan ku melodi-melodi indah ....
seri tawa di pagi hari penyeri hidupku...
mungkin tempoh perkenalan kita cuma sekejap..
namun seribu satu memori indah tercipta sekelip mata...
pahit manis kita lalui bersama...
di sini...
aku belajar erti persahabatan..
begitu indah anugerah tuhan kepadaku...
kiranya aku jatuh tersungkur..
pasti ada tangan yang menghulur..
kiranya jatuh air mata dippi..
pasti ada yang menyeka...

pintu SPM membuka jalan yang luas..
bagai merpati putih yang terbang bebas selepas keluar sangkar..
kita pergi mengejar impian masing-masing...
setiap satu jalan yang dipilih..
ku yakin itu yang terbaik buat semua...
jika dapat ku putar kembali masa..
inginku kembali ke masa kita bersama..
belajar bersama...bermain bersama...

Sunday, July 7, 2013

matrikulasi

masa berlalu dengan cepat..satu saat anda sedang belajar untuk peperiksaan.

sekelip mata saat yang ditunggu tiba..hari peperiksaan ditempuh dengan hati yang nervous...


beberapa bulan penantian umpama teman setia.....akhirnya tiba jua keputusan....apa pun...its time to make your choice.

ini berdasarkan pengalaman saya sebagai xstudent matrix 2012/2013...

silibus di sini terbahagi kpd 4 main stream iaitu

modul perakaunan :

  • perakaunan
  • mathematics
  • pengajian perniagaan
  • economy
modul 1(bp):

  • mathematics
  • chemistry
  • physics
  • biology

modul 2(cp)

  • mathematics
  • chemistry
  • physics
  • science computer
modul 3(bc)

  • mathematics
  • chemistry
  • biology
  • science computer


di matrics juga punya 2 sistem pengajian..iaitu
<pst> pengajian satu tahun
<pdt>pengajian dua tahun

ini adalah gambar KML dari udara

ini pulak pelan KML

disini sya spesifikkan kepada kolej matrikulasi labuan tempat saya belajar dulu..nak promote laa ckit KML niee...hehehe

kehidupan di sini bergantung kepada individu untuk mentafsirnya...yaa...pada mulanya sya rasa terbeban sebab ini 1st time sya belajar boarding school but in some time later i can adjust myself...di sini kita kena pandai cari kawan sebab in kml, frenz are our family..ya kan..dah jauh dari fam ne macam2 yang kita perlu lalui dan hadapi...dari situ laa kita menumpang kasih dengan kawan2...paling cdih bla perlu menyambut ramadhan di perantauan(bagi sayalaa)...di situlaa peranan sahabat...

di sini ada beberapa pemandangan di KML


ini blok lelaki...lupa blok apa nie..






ini dalam dewan mutiara









ini dekat blok D asrama perempuan..sebelah tu surau..depan tu menara pentadbiran



ini bahagian belakang bilik tutorial

ini jalan mau ke asrama lelaki


ini time pendaftaran
di matrics ada peraturan pemakaian....setiap hari semasa turun ke claz kita kena pakai pakaian formal..bagi perempuan blh pakai baju kurung...lelaki pulak mstlaaa dengan segaknya memakai tie..kasut pulak jangan guna sebarangan tau..guna kasut hitam pvc....

sistem pembelajaran di sini ada 2 iaitu sistem kuliah dan sistem claz tutorial..

di sini jugak ada banyak club..try laa masok..saya masok KAKOM...karnival kejohanan peringkat matrikulasi...kita berpeluang mewakili matrix dalam mcm2 pertandingan seperti kawad kaki..balapan...bola jaring,bola sepak...ragbi..n banyak lagi permainan...kml tetap teguh sabagai penyandang johan keseluruhan kakom selama 8 tahun sudah...

ini antara kenangan saya semasa kakom yang berlangsung kedah..

ini time nak balik...

group kawad time pra perasmian

ini saat kami mengetahui keputusan<our victory>

pasukan bola keranjang

pasukan badminton..salah sorang dari ctu clazmate saya..hahaha mereka banyak menyumbangkan pingat


kami berarak si sepanjang kmk meraikan kemenangan kami

suasana yang happening time perasmian

ini malam sebelum berangkat ke kedah




KML mengungguli carta pertama...

banyak kenangan yang telah dibina selama saya belajar d kml... oh yaa... lupa...ini bas yang kamu akan guna untuk pergi ke bandar dari kml..mereka akan tunngu d dpn pagar kml..jd bla weekends jgn bimbang mau keluar...
guna bas mini no 6 k...
kepada adik2..saya berharap anda blh membuat keputusan yang terbaik untuk anda semua..bkn untuk org lain..untuk diri anda...

precious time

time is ticking.....

tik...tik...tik..tik...

it faster than Bolt...
it just pass through without anyone realise it...
in fact at the time they realise it..
it was too late...


if only i can turn the time back.......
a thought that always play within the mind...

time....
can be meaningful...
time...
can be monstrous...
snatching away love that grew within the time...
time...
is a mystery...
wether u r as genius as Einstein or as strong as Hercules......
YOU......
can never stop the time...

there's something left behind as time flow...
it has many definition...
a present..
a nightmare...
something u wanna keep..
something you wanna erased...
it is...........


it is as precious as the time is....
time goes by but.....
memory stays.....
it is life...